Thursday January 19 , 2017
Text Size
   

Articles

Contoh surat perjanjian sewa rumah (Tenancy Agreement)


Tenancy Agreement atau Perjanjian Sewa Beli adalah bertujuan untuk melindungi kedua-dua belah pihak antara pihak penyewa dan juga pemilik. Ia bukan hanya untuk kepentingan pemilik semata-mata. Sebagai penyewa anda juga seharusnya tahu hak-hak anda sebagai penyewa. Setiap perincian harus dinyatakan didalam perjanjian supaya tidak timbul kekeliruan dimasa akan datang sebagai contoh penamatan kontrak sewaan dan pemulangan wang deposit dan sebagainya.

Di sini ada disertakan Contoh surat perjanjian sewa rumah (Tenancy Agreement) dan Contoh perjanjian Sewa Beli untuk rujukan.


Selepas anda selesai mengisikan form tersebut bolehlah di bawa ke mana-mana pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk dimatikan setem supaya perjanjian ni menjadi sah (legal). Atau sekiranya anda telah mengetahui nilai duti setem anda, hanya perlu beli setem hasil dari mana-mana pejabat pos dan kemudian pergi ke mana-mana pesuruhjaya sumpah untuk matikan setem tersebut.

Sedikit rujukan untuk anda mengira jumlah duti setem:

HARGA DUTI SETEM = (SEWA SETAHUN - RM2,400)/250 X A

A = 1 (JIKA 1 TAHUN PERJANJIAN)
A = 2 (JIKA 2-3 TAHUN PERJANJIAN)
A = 3 (JIKA > 3 TAHUN PERJANJIAN)

Contoh: Sewa bulanan RM450 untuk 2 tahun
Jadi, RM450 x setahun = rm5400

HARGA DUTI SETEM = [(rm5400 - rm2400)/250] x 2(JIKA 2-3 TAHUN PERJANJIAN) = RM24

P/s: Kalau tak pasti tak mengapa. Staff LHDN tu boleh tolong kirakan. :)

Category: info

ONEXOX Peneraju Prabayar Kadar Jimat

Kini Sedang Online

We have 169 guests and 2 members online

Visitors Counter

8044531
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
1783
1834
7071
7293534
45884
112647
8044531

Your IP: 54.147.244.157
Server Time: 2017-01-19 20:50:11